MENGHADAP KEBENARAN

PLATO dalam bukunya Republic menceritakan satu kisah.  Beberapa orang dipenjarakan dalam sebuah gua sejak kecil.  Seumur hidup dalam gua itu. Kepalanya diikat. Menyebabkan matanya hanya menumpu kepada dinding gua.  Dibelakang mereka api merah menyala, tanpa padam. 

Mereka hanya mampu melihat bayang-bayangan orang dan haiwan di dinding belakang gua. Bayang ini disebabkan sebuah api di depan masuk ke gua ini dan orang atau haiwan di luar gua yang berjalan lalu lalang.  Tawanan berkenaan boleh melihat bayang orang atau haiwan dan gema suara-suara mereka di dalam gua.  Mereka mengenali orang atau haiwan berdasarkan gema terhasil.

Pada suatu hari, salah seorang tawanan dilepas dan dipaksa keluar. Ia diminta melihat sumber bayangan ini semua.  Sebaik sahaja memalingkan mukanya ke belakang, ia melihat api.  Matanya tertutup sekejab. Silau.  Katanya, lebih baik ia melihat bayang daripada melihat api.  Lama-kelamaan ia semakin biasa melihat api.  Matanya tak tersilau lagi.  Sedikit demi sedikit ia mula melihat orang dan haiwan yang melintas.  Cantik dan indah.

Tawanan ambil keputusan untuk melihat secara lebih dekat.  Tawanan melangkah keluar gua.

Tawanan hampir buta apabila melihat satu lagi cahaya, cahaya matahari.  Sekali lagi, matanya hampir buta.  Sakit.  Kemudiannya, baru ia melihat keindahan sungai, hijau rumput, pelbagai warna buah dan haiwan melata.

Ia kembali ke gua, untuk mengajak rakan-rakannya.  Sekali pandang kepada api berkenaan, semua tawanan lain memarahi tawanan yang mengajak mereka keluar.  Lebih baik melihat bayang, daripada melihat cahaya api, apa lagi melihat cahaya matahari, kata mereka.  Bukan mereka berterima kasih, malah mengugut untuk membunuhnya jika terus diajak untuk keluar.

Plato mengajak kita untuk berfikir betapa sukarnya untuk mengajak orang ramai kepada kebenaran yang disimbolkan dengan cahaya matahari.  Melihat separuh kebenaran yang disimbolkan dengan cahaya apipun, orang ramai tak sanggup.

Kebenaran dipalsukan oleh bayangan di depan mata. Mahukah kita keluar daripada gua, untuk menjengah kebenaran yang lebih tulen?

 

Published in: on June 1, 2007 at 11:43 am  Comments (1)  

The URI to TrackBack this entry is: https://sesungutpatah.wordpress.com/2007/06/01/menghadap-kebenaran/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentLeave a comment

  1. mahukan kebenaran mutlak-lupakan saja, sebab yang ada cuma kebenaran relatif. Yang relatif ini termasuk juga dalam beragama.

    Karen Armstrong pernah mengutarakan istilah menarik (Utusan, 11 Jun 2004) iaitu monoteisme universal untuk ‘menggantikan’ apa yang kita seringkali sebut sebagai ketauhidan dalam islam dan agama langit lain- yang sering berkecamuk dalam pertempuran dengan ketuhanan yang lain (the others) samada dari Kristian, Yahudi atau Budhisme dll.

    Untuk tidak menyebut konsep itu turut berasal dari Islam (sebab jika disebut macam ini maka saya pun akan dilonggokkan sama sebagai ketauhidan politik)- tidak boleh kita nafikan bahawa monoteisme islam yang paling hampir dengan konsep anjuran Armstorng itu.

    Mungkin juga Armstrong telah menjumpainya- dan demi mengurangkan rasa asing di kalangan islamopobhist di Barat selepas Sept Sebelas, maka dikendurkan usahanya dengan menambah kata universal.

    Bayangkan kehebatan Islam menerima konsep monoteismenya semua nabi-nabi Kristian dan Yahudi, sebaliknya mereka menolak, memperkecil dan memusuhinya sampai kini.Islam mengiktiraf nabi-nabi sebelum Muhamad dan pengikut agama sebelum sebagai ahli kitab.

    Sekalipun kita sepatutnya hanya mengambil sisi universal sang nabi-nabi, nampaknya semua orang termasuk intelektual (kecuali beberapa termasuk Karen Armstrong) lebih suka mengambil sisi politik ketauhidan dan mengembangkannya ke arah melampau.

    Di pihak Islam, kita sering melakukan kesilapan apabila menjerumuskan pemikiran dan akidah Islam dengan unsure politiknya nabi Muhamad dan nabi-nabi lain pengasas agama sejagat.

    Mengapa perlu dilihat keAraban berbanding universalisme Muhamad dan nabi-nabi ini. Akhirnya, kita perlu menerima satu perkara-pemisahan sepenuhnya politik agama daripada mencampuri urusan dunia.

    Karen melalui kajiannya yang mendalam (contohnya yang ‘pernah’ ada dalam koleksi saya-sapa yang pinjam dulu tolong hantar balik-Sejarah Tuhan) melihat sisi perkembangan ketauhidan dengan amat teratur dan jelas dan tidak perlu ada sebarang percanggahan monoteisme di situ.

    Percanggahan dan perbezaan yang nyata dibesarkan oleh kumpulan pengembang awal (disebabkan perbezaan bahasa, sebutan, loghat, daerah yang semuanya masih dalam lingkungan Semitik) membesar menjadi perbezaan ‘agama’ yang sangat jelas.

    Ini adalah satu tawaran perdamaian yang sangat hebat dari Armstrong dan rugi jika dunia tidak menyambutnya.

    Kepada yang berminat, bukankah ini suatu ‘gerakan baru’ yang menjangkaui batas sempadan apa pun.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: