Kaitan masyarakat madani dengan CIA

APABILA sesungut patah, kaitan sesuatu dengan sesuatu gagal dihubungkan.  Banyak fenomena sukar dihuraikan.  Minda masyarakat menjadi keliru.  Cahaya menyuluh kegelapan kekeliruan semakin malap.  Dalam keadaan inilah, peniat jahat boleh menggunakan pendekatan untuk kepentingan diri atau organisasinya.

        Dasar pertahanan negara maju, khususnya Amerika Syarikat, menggunakan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi menjayakan misinya menggunakan kesempatan kekeliruan minda masyarakat.  Dalam artikel ini, akan dikhususnya bagaimana CIA menggunakan konsep `masyarakat madani’ atau civil society untuk menyuntik jarumnya di beberapa buah negara.

       Di Cuba, menurut Philip Agee yang merupakan mantan pegawai CIA, penggunaan pendekatan teroris untuk menjatuhkan negara berkenaan, gagal.  Pendekatan sekatan ekonomi juga tidak berjaya.  Kini, tulisnya dalam artikel bertajuk The Instrument of US Policy in Cuba: Terorism and Civil Society,  Cuba telah dimasukkan dalam program baru dunia yang dibiaya US untuk membangunkan kumpulan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) atau organisasi sukarela yang dikenali sebagai masyarakat madani.  Menurutnya, pendekatan cara itu bukan baru.  CIA yang dibangunkan sejak 1947 secara rahsia telah membiayai banyak NGO, parti politik, kesatuan sekerja, persatuan perniagaan, pertubuhan belia dan pelajar, profesional, inteklektual dan media bagi menyempurnakan kehendak CIA.

      Pendekatan CIA sangat halus, subtle.  Ianya seperti menggunakan benang ungu halus untuk membentuk pakaian cantik berwarna ungu, sehingga orang tidak melihat benang ungu itu lagi, tetapi hanya melihat baju ungu.

     Siapakah rakyat dalam sesebuah negara yang berani menentang kumpulan yang mahu mewujudkan masyarakat madani atau masyarakat bertamadun?

     Penentangnya seperti orang yang tidak mahu kepada pembentukan masyarakat tertib.  Konsep kabur seperti masyarakat madani itu digunakan.  Begitulah juga pendekatan untuk kononnya mempromosi demokrasi kepada dunia.  Desakan kepada mengadakan pilihan raya bebas.  Parti memperjuangkan keadilan sosial. 

      Profesor Sosiologi di UC-Santa Barbara, William Robinson yang mengkaji mengenai dasar US dalam ‘promosi demokrasi’ ke negara lain terutama di Sandista Nicaragua dan Vanezuala mendapati, US tidak berhasrat menjadikan negara berkenaan itu demokrasi, tetapi merupakan senjata penjajahan atau imperealisme.

     Pelaksana di peringkat akar umbi kepada perjuangan itu juga kebanyakan tidak tahu menahu mengenai kaitan ini.  Mereka seronok menjayakan konsep berkenaan.  Mereka dalam kegilaan untuk merealisasi konsep.  Sedangkan, konsep ideal itu mustahil direalisasikan secara sempurna dalam mana-mana negarapun.

     Jika dibandingkan dasar luar negara Malaysia dengan US dalam bidang hak asasi, tentu  semua maklum pencabulan dan pembunuhan rakyat dan bayi tak berdosa di tangan askar US berlaku secara berleluasa.  Namun, NGO atau pertubuhan tajaan mereka di negara lain seolah-olah lebih maksum, berbanding dengan mereka.

      CIA juga tidak naif untuk menyalurkan wang secara terus dan terbuka kepada badan-badan NGO atau pertubuhan tajaannya.  Bagaimana mereka melakukan?

       Mereka menggunakan pihak ketiga.  Dalam kes Cuba seperti ditulis Philip Agee, US atau CIA menggunakan pihak ketiga seperti Agency for International Development (AID) dan the National Endowment for Democracy (AID) untuk menyalurkan duit kepada pertubuhan berkenaan.

      Dalam menyuntik jarum CIA di negara Islam, CIA tidaklah jahil dalam menyumbang dana mereka kepada badan-badan penentang kerajaan secara langsung.  Mereka menyalurkan wang berkenaan kepada negara Islam kaya terlebih dahulu.  Oleh itu, penerima wang berkenaan menyatakan negara Islam membantu mereka. 

       Justeru, tidaklah pelik untuk melihat banyak aktivis pembangkang di negara Islam yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tetapi mampu untuk hidup mewah atau sederhana mewah. 

      Di pihak NGO tempatan atau parti politik pembangkang menyatakan tidak salah mereka dibiayai agensi asing, kerana kerajaan mereka tidak memberikan wang untuk aktiviti parti pembangkang.  Lagipun, perjuangan mereka untuk membentuk masyarakat madani atau memperjuangkan demokrasi tulen.  Mereka berhujah, apa salahnya mengambil wang daripada pihak asing, kerana sekurang-kurangnya ia menggerakkan ekonomi negara.   Hatta, untuk menghalalkan wang dan tindakan menjadi `tali barut’ asing ini, mereka  berhujah, jika dibiayai US dan berkawan rapat dengan US tentu baik sekali, sekurang-kurang boleh menerangkan versi Islam kepada mereka.

      Mungkin sukar untuk menjawab hujah mereka,  dan ini menjadi sebab kepada kebanyakan negara untuk menyelamatkan negara mereka tidak berhujah dengan kumpulan ini, tetapi mengambil tindakan undang-undang ala-ISA.  Inilah sebabnya kumpulan berkenaan mahu undang-undang ala-ISA dihapuskan.  Ini kerana sukar mengaitkan mereka di dalam perbicaraan terbuka.  Kebijaksanaan CIA menyebabkan tiada undang-undang yang boleh mengaitkan ejennya dalam mahkamah terbuka.  Tokoh-tokoh tajaan mereka juga dihiasi baju antarabangsa, seperti membawa tokoh berkenaan menjadi profesor pelawat di universiti terkenal atau pejuang hak asasi tersohor.

     Tahun 2003,  kerajaan Cuba telah menahan 75 penentang politiknya.  Secara tiba-tiba media dan seluruh dunia mengutuk keras tindakan Cuba.  Termasuk yang ditahan ialah tokoh yang terkenal di peringkat antarabangsa.

       Menariknya, dalam sesetengah literatur cendekiawan muslim dinyatakan dalam hukum Islam, hukuman kepada tali barut  ialah bunuh mandatori.  Akan tetapi, parti politik pembangkang yang berlabel Islam menyembunyikan hukuman kepada penderhaka negara.  Langkah ini  seperti Yahudi pernah menyembunyikan undang-undang Islam seperti sebat kepada penzina, sebaliknya mereka menyatakan hukuman tuhan hanya untuk memalukan penzina lalu mereka mengubah hukum itu dengan menyatakan cukup dengan hanya menconteng arang di muka penzina berkenaan.          

Published in: on June 1, 2007 at 4:20 pm  Comments (10)  

The URI to TrackBack this entry is: https://sesungutpatah.wordpress.com/2007/06/01/kaitan-masyarakat-madani-dengan-cia/trackback/

RSS feed for comments on this post.

10 CommentsLeave a comment

  1. Tulisan saudara kelihatan ada niat untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar seorang beragama, tidak mungkin dia menjadi tali barut kepada CIA atau Amerika Syarikat. Apakah ini propaganda pihak kerajaan sekarang yang mahu memburukkan pemimpin Islam seperti Anwar? Berbanding dengan pemimpin yang ada sekarang, Anwar ternyata lebih berwibawa dan terkenal di peringkat antarabangsa. Beliau mempunyai rakan-rakan yang erat dengan pemimpin dunia seperti Wolfowitz, Wolfenson, Gus Dur, AlQaradawi dan beratus-ratus pemimpin lain. Saya berpendapat kerajaan sekarang takut berhadapan dengan Anwar. Inilah sebabnya Pejabat Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan Anwar untuk memimpin parti Keadilan.

  2. menarik juga membaca artikel sesungut patah ni.Saya bersetuju bahawa kita sebenarnya sudah lama kehilangan sesungut atau sensitiviti. Kita banyak membiarkan peristiwa keliling menggerakkan tindakan kita seakan-akan tanpa kuasa diri lagi.

    Sensitiviti akan mendorog kita melihat semula hidup seharian kita, yang selama ini dilihat amat rutin. Sebagai contoh, kita menganggap mansi sebagai sekadar mandi dan melupakan komponen-komponen mandi yang lebih besar.

    Kita tidak lagi merasa bagaimana titis air pertama menyentuh ubun-ubun, lalu air mengalir ke dahi, mata, hidung, masuk ke mulut dan kita merasai ketawaran air di dalam mulut.

    Dalam proses mandi saja begitu banyak sensitiviti yang berlaku,dengan kita menyabung, bersiul atau menyanyi girang semasa mandi sehingga proses keseluruhan mandi itu tamat.

    Bilakah kali terakhir anda sedar anda meneliti komponen mandi itu..entah ada yang tidak menyedari komponen mandi, sebaliknya dengan megah menyatakan saya sudah mandi, maka hilanglah kenikmatan mandi yang sepatutnya dilalui melalui proses demi proses tadi.

    Jika proses mandi sudah sedemikian hilang sensitiviti, (di mana saya ibaratkan mandi sebagai satu proses yang personal) apatah lagi untuk menghadirkan sensitiviti kita terhadap agenda dunia, agenda CIA yang sebegitu besar. Jika agenda diri sudah terlupakan, maka agenda CIA pastinya menjadi satu raksaksa fikiran.

    Tapi penjelasan sesungut patah sudah terang tanpa bersuluh lagi. Saya dan anda mungkin tahu siapa dia ejen-ejen CIA yang menyambung agenda CIA di negara kita.

  3. Berdasarkan apa yang diperkatakan dalam kedua-dua comment, masih ada kawasan yang kabur, sepertimana yang dinyatakan oleh saudara latif , jika ada isu ketakutan pihak kerajaan terhadap Datuk Seri Anwar , maka penjelasan aspek tersebut dapat di analisa oleh para pembaca yang kurang terdedah.

  4. Menggunakan istilah kerajaan takut pada DSAI hanyalah membesarkan apa yang disebut oleh orang PAS dan ADIL.

    Sekalipun begitu, tidak dapat dinafikan pengaruh AI masih kedapatan di sana-sini dalam pergulatan dalaman politik UMNO.

    Orang-orang UMNO bekasan AI masih kuat taat setianya kepada beliau-contohnya di Bahagian Pasir Puteh, Kelantan. Orang Kelantan kata, potong anak jari pun, akan keluar nama AI-macam Bilal sebut Ahad-ahad. Itu lah hebatnya ketaksuban mereka.

    Walaupun begitu, menurut hemah saya, pengaruh dari segi politik pilihan raya adalah berbeza. Dalam UMNO mungkin jawapannya ya-dari segi pertempuran dalaman mereka-tetapi tidak akan merebak kepada berkurangnya pengaruh Pak LAh dalam PR akan datang -yang dijangkakan sangat dekat ini.

    Bentuk pengaruh ini akan muncul selepas PR, iaitu bila tiba pemilihan UMNO.

    Untuk mengatasi soal ini ketegasan amat perlu. Kata Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, sudah 3 kali Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad bertegas DSAI tak kan diterima masuk UMNO semula.

    Mengapa perlu sampai 3 kali-sebab nak hilangkan ragu-ragu orang UMNO yang masih setia dengan AI macam UMNO Bhg Pasir Puteh tu.

    Jika ragu, banyak benda tak boleh nak dibuat.

    Dengan hilangnya keraguan itu, dan dengan rasa sukacita rakyat dan kakitangan awam, maka Pak Lah dijangka tidak ada masalah untuk menang dalam PR kali ini.

    Harap pandangan ini dapat mengurangkan sikit ‘jurang’ yang dibangkitkan oleh anggoron, sebab yang mengomen ini orang yang bawah sikit saja dari Khairi..hehe.

  5. Amat menarik bicara saudara, sekurang-kurangnya ada perspektif baru pada isu yang dibangkitkan.

    Pendedahan “sebab yang mengomen ini orang yang bawah sikit saja dari Khairi..hehe. ” saya rasa tidak perlu di perkatakan , sebabnya ” perubahan pandangan boleh dikaitkan dgn pendedahan sedemikian, sedangkan perbicaraan harus pada ” neutral grounds”

  6. sama2lah berfikir n ambil iktibar. yang penting jgn membuat andaian membuta tuli & jgn dengar dr sebelah pihak jer… carilah kebenaran…

  7. tersilap 2.bkn hfizz.

  8. Teknologi internet berasal dari AS. Namun, kita tidak bisa mengatakan bahwa internet adalah alat yang dipakai oleh AS untuk merusak moral dan akhlak ummat muslim di dunia melalui content yang tidak baik (pornografi dan semacamnya). Kita tdk bisa mengatakan demikian oleh karena teknologi internet hanyalah alat. Semua tergantung dari kita apakah ingin memanfaatkannya demi kebaikan umat muslim atau tidak.

    Saya memakai contoh diatas untuk menjelaskan konsep masyarakat madani. Konsep masyarakat madani sesungguhnya sangat baik. Konsep masyarakat madani mungkin bisa dipakai oleh AS untuk kepentingannya. Namun kita tidak bisa menyalahkan konsep itu. Yang kita salahkan adalah diri kita sendiri tdk bisa mematangkan konsep masyarakat madani, sehingga dengan mudahnya dipelintir AS untuk dipakai sesuai kepentingannya. Maka dari itu, kita ummat muslim seharusnya memahami dan mematangkan konsep masyarakat madani demi kepentingan Islam dan muslimin semua. Jangan sampai diperalat oleh pihak asing (AS) untuk dipakai sesuai kepentingannya.

  9. […] April 15, 2008 at 8:59 pm · Filed under 1 […]

  10. saya rasa ini masih belum mencukupi lagi,apa kata buat dgn mgunakn contoh islam………..kalu buat dlm bahasa melayu,konform la ramai owg islam yang tengok………………………..


Leave a comment